Berapa gaji minimum untuk membeli kereta Perodua baru?
Setiap model Perodua harganya berbeza, jadi kelayakan gaji minimum untuk pinjaman kenderaan juga berbeza. Contohnya untuk model Perodua Bezza gaji minimum adalah RM1,600. Sila hubungi Sales Advisor Perodua untuk perbincangan lanjut.
Minimum gaji bersih (basic + OT + elaun) untuk membeli kereta Perodua:-
Axia – RM 1,700
Myvi – RM 1,800
Bezza – RM 1,600
Alza – RM 2,000
Aruz – RM 2,000
Ativa – RM 1,900
Dokumen apa yang diperlukan untuk beli kereta Perodua baru?
Berikut adalah SOP & maklumat yang diperlukan untuk tempah kereta Perodua. Semua dokumen & maklumat anda dijamin rahsia & selamat dari pihak ketiga.
Salinan IC (depan & belakang)
Salinan lesen (depan & belakang)
Payslip 3 bulan terkini
Penyata bank 3 bulan terkini
Nombor telefon
Saya baru bekerja, Boleh beli kereta Perodua baru?
Ya boleh! Bukan sahaja baru bekerja sahaja, jika anda masih belajar juga boleh membeli kereta Perodua baru.
Saya tiada lesen, boleh beli kereta Perodua baru?
Ya boleh! Walau bagaimanapun tertakluk pada terma & syarat tertentu. Hubungi Sales Advisor Perodua berhampiran anda untuk perbincangan lanjut.
Berapa lama proses untuk approval loan kereta Perodua?
Loan proses 3 hingga 7 hari bekerja (bergantung kepada pada dokumen). Stok kereta bergantung pada HQ perodua. Kalau urgent nak pakai kereta, disarankan bagi minimum ‘3 pilihan warna’ atau ‘open colour’.